Hari ini, Pn Zakiah mengajar kami tentang cara membuat ePortfolio melalui Blog.
(i). Open a G-mail.account
Untuk mencipta sebuah blog yang baru, kami perlulah "sign up" satu G-mail yang diperlukan untuk mencipta Blog. Saya telah membuka satu G-mail account yang baru : cykweh.quack@gmail.com
(ii). Create a New Blog
Pn. Zakiah telah membuka sebuah blog yang baru : http://kemahirangenetik-tmk.blogspot.com sebagai blog yang dapat kami melayari untuk mengetahui apa-apa yang telah dipelajari dan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Blog tersebut bertajuk "Kemahiran Genetik TMK".
Di bahagian atas sebelah kanan Blog tersebut, saya klikan butang "Create Blog" dan bermula mencipta blog saya yang tersendiri.
Tajuk Blog saya : Welcome to Ci Yin's TMK e-Portfolio .
Blogspot : http://ciyinkweh.blogspot.com/
(iii). Kandungan ePortfolio
Setiap pelajar mesti mencipta satu Blog untuk menulis ePortfolio selepas tamatnya setiap kuliah.
Dalam Blog, ePortfolio mesti mengandungi:
- Profil pelajar: Nama(gambar), Umur, Kursus, Hari lahir…Falsafah Hidup
- Ringkasan pembelajaran & Refleksi
- Pautan
(iv). Pemberitahuan daripada Pensyarah
- Quiz 1st (5%)—minggui depan (11-7-2011) dijalankan
- Quiz 2nd (5%) 20%
- Quiz 3rd (5%)
- Quiz 4th (5%)
- Ujian Amali 2nd (20%) 60%
- Ujian Amali 3rd (20%)
REFLEKSI
Hari ini, disebabkan oleh sakit perut, saya tidak bermaya dan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya di dalam kuliah ini. Pn. Zakiah menyuruh kami mencipta sebuah blog yang tersendiri untuk membuat ePortfolio. Oleh sebab sesetengah buah komputer telah mengalami kerosakan, kerja-kerja yang perlulah dilakukan dengan tidak begitu memudahkan kerana perlulah berkongsi komputer antara satu sama lain. Saya tidak membawa laptop pada hari ini kerana saya berpendapat komputer-komputer yang terdapat di dalam makmal adalah mencukupi. Oleh itu, amat diharapkan komputer-komputer dapat dibaiki dengan secepat mungkin. Dalam kuliah ini, saya telah mempelajari cara-cara mencipta satu blog. Pn. Zakiah memberitahu kami bahawa dengan melakukan ePortfolio dapat membina dan mengukuhkan daya peringatan dan meningkatkan kemahiran bertulis sambil berfikir dan yang memanfaatkan pelajar. Saya amat menikmati saat-saat menulis Ringkasan Pembelajaran dan Reflesi kerana saya dapat memproseskan apa-apa yang pernah dipelajari dalam kuliah. Selain itu, Pn. Zakiah telah menerangkan cara dalam penilaian TMK. Quiz yang pertama akan dijalankan pada minggu hadapan. Secara jujur, saya berasasaya amat lemah dalam subjek TMK. Jadi, usaha yang lebih perlulah dilakukan dalam masa yang singkat untuk memperoleh markah yang maksimum dalam Quiz mahupun Ujian Amali. Saya berharap saya dapat berjaya dalam setiap Quiz dan Ujian Penilaian.
No comments:
Post a Comment