Tuesday, 19 July 2011

Ringkasan Pembelajaran & Refleksi (18-7-2011)

RINGKASAN PEMBELAJARAN
(i). Pengurusan Folder
Untuk membuka sesuatu folder, pelajar perlulah right click pada desktop
satu pertak akan diwujudkan.
New
à Folder
Satu folder yang baru akan diwujudkan di atas desktop dan pelajar boleh menamakan desktop tersebut. Folder tersebut boleh digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen tertentu mengikut cara pengurusan pelajar tersebut.

Untuk memindahkan folder kepada folder yang lain, atau dokumen kepada folder yang lain, cara ‘click and drag’ boleh dilakukan di desktop. Untuk melakukan perpindahan folder di dalam perisian. Contohnya, My Computer, ‘copy and paste’ ataupun ‘send to’ boleh dilakukan. 

(ii). Pencarian maklumat tertentu
Untuk mencari maklumat yang tertentu pada masa yang tersingkat, pelajar boleh click butang ‘START’ di Tray dan click search dalam bar yang wujud. Maklumat yang boleh dicari ialah maklumat yang pernah disimpan di dalam computer. Di bahagian kiri, pelajar boleh memilih  jenis-jenis dokumen yang perlu dicari dan memasukkan kod-kod yang tertentu untuk memulakan pencarian maklumat yang dikehendaki.

Document
* .doc
* .docx  à untuk Microsoft Office 2007 ke atas

 Picture and Photo
* .docx
* .gif
* .jpg
* .jpeg
* .bmp  à Folder lebih besar dan tidak boleh diubah menjadi * .gif, * .jpg, * .jpeg; walaupun image yang dipaparkan kecil, tetapi boleh diperbesar dan cirinya pistel

Music
* .mp3
* .au  atau  * .av  à Folder boleh dimuatkan untuk menjadi mp3
* .war

Movie
* .mov
* .avi
* .mpeg  àFolder lebih kecil

Powerpoint
* .ppt
* .pptx
* .xls  à untuk Window Office 2003 ke bawah

(iii). Perisian Ultiliti
Di bawah system komputer terdiri daripada perkakasan dan perisian
Perisian pula terdiri daripada Pengoprasian Sistem, Perisian aplikasi dan Perisian Ultiliti
Perisian aplikasi terdiri daripada
-          Word Processing  à Microsoft Word
-          Persembahan Elektronik  à Microsoft Powerpoint
-          Hamparan Elektronik  à Microsoft Excel

Antivirus tidak dating bersama dengan Perisian Ultiliti yang lain dan perlulah dimuatturun untuk mendapat versi yang terkini.

(iv). Others
-          Window movie maker à create a movie
-          Save a movie project as (* .mpeg) can be uploaded to the internet
-          Window Excel that contains boxes are called ‘cell’

(v). Soalan
Dapatkan jenis-jenis virus dan tujuan-tujuannya.

Jawapan:
BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

REFLEKSI
Hari ini, Pn. Zakiah tlah mengajar tentang cara menggunakan perisian-perisian komputer. Sebelum itu saya tidak mengetahui cara-cara untuk mencari maklumat dengan lebih berkesa padahal ada pelajar yang sudah melupakan di mana dokumen mereka tersimpan. Dengan key-in kod-kod yang tertentu, maklumat-maklumat yang dicari akan terpapar di screen komputer.  Selain itu, Pn. Zakiah juga menasihati kami supaya rajin bertanya kerana ‘walaupun soalan itu silly question, tetapi ada kawan yang masih tidak mengetahui jawapannya’. Pada pendapat saya, rajin bertanya soalan merupakan amalan yang baik kerana tidak akan berasa bosan dengan cuma mendengar pengajaran daripada pensyarah. Di samping itu, dengan kuat bertanya, pelajar dapat melatih cara berfikir dan memberi idea yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak mahu bertanya dalam kuliah.  

No comments:

Post a Comment