RINGKASAN PEMBELAJARAN
Secara keseluruhan, Pensyarah yang kami hormati, iaitu Pn. Zakiah bt. Mahmud telah memperkenalkan diri dan juga Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang akan kami pelajari dalam kursus PPISMP.
(i). Definisi dan Fungsi TMK
TMK merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Fungsi TMK adalah untuk mendapatkan, memproseskan, menyimpankan,mengubahkan, melihatkan, dan menyalurkan maklumat tanpa sempadan kepada rakan-rakan yang lain melalui perkakasan dan perisian komputer
(ii). Pengunaan Komputer
Pn. Zakiah telah menerangkan cara-cara pengunaan komputer. Secara umunnya, untuk menghasilkan maklumat yang dicetakkan dalam kertas A4, perancangan sesuatu projek perlulah dibuat terlebih dahulu. Pencarian bahan melalui sistem-sistem yang berbeza digunnakan untuk memperolehi maklumat-maklumat yang sesuai. Selepas itu, data-data yang diperlukan akan key-in ke dalam sistem komputer melaluiperkakasan dan perisian komputer. Pada ketika itu, pengubahsuaian data-data boleh dibuat dan data-data tersebut boleh disimpankan dalam komputer. Setelah itu, data-data yang siap diproseskan boleh dicetakkan melalui komputer. Begitu juga dengan kerja-kerja yang lain yang perlulah diproses dan diuruskan melalui komputer,memerlukan input dan output yang sepatutnya.
(iii). Perkakasan dan Perisian Komputer
Perkakasan komputer merupakan komponen asas fizikal komputer.
Contohnya, monitor, CPU, Tetikus, Papan kekunci, Mikrofon dan lain-lain
Perisian komputer merupakan sesuatu yang boleh disimpan dalam komputer secara elektronik.
Dibahagikan kepada iaitu perisian sistem, perisian aplikasi, perisian utiliti dan perisian komunikasi.
(iv). Buku Cadangan
2 buah buku cadangan yang direkomenkan oleh Pn. Zakiah iaitu Buku yang dituliskan oleh Capron dan Shelly Cashman.
(v). Perkembangan dalam Komputer
Ayat yang paling menarik perhatian saya ialah “Necessity is the mother of invention”,segala keperluan untuk memenuhi permintaan manusia menjadi satu tekad untuk mencipta teknologi yang boleh menampung permintaan sejumlah manusia yang amat besar.
Topik Perbincangan merangkumi 5 generasi. Yang terkini sekali ialah Generasi 5 (5th Generation). Melalui slideshow yang ditayangkan oleh Pn. Zakiah, kami memahami tentang perkembangan komputer.
Generasi 1 telah muncul pada tahun 1941 hingga 1951. Komputer ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Computer) yang merupakan komputer digital pertama terdiri daripda 18000 tiub vacuum dan 7000 resistor yang diciptakan oleh John Presper Eckert & John W. Mauchly. Pada tahun 1945, Von Neuman telah membangunkan Komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang bertujuan untuk menyimpan dan memegang data RAM (Random Access Memory) dan program. Pada tahun 1951, Remington Rand telah membangunkan UNIVAC (Universal Automatic Computer). Komputer yang telah lama meggunakan bahasa mesin (simbol) untuk operasi komputer. Tiub Hampagas dan dram magnetik digunakan untuk penyimpanan data.
(vi). Kerja-kerja yang diberi oleh Pn. Zakiah
Semasa saya menanyakan Pn. Zakiah tentang maksud “Teknologi”, beliau telah memberitahu saya bahawa definisi untuk perkataan teknologi agak meluas dan setiap definisi yang dicakapkan oleh ahli falsafah adalah berbeza mengikut bidang masing-masing. Selepas itu, beliau menyuruh saya untuk mencari maklumat yang berkaitan tentang definisi teknologi dan perlulah dibentangkan di depan kelas pada minggu hadapan, iaitu 5 Julai 2011. Selain itu, beliau juga menyuruh seorang wakil untuk menyediakan dan membentangkan komponen-komponen komputer yang berkaitan dengan perkakasan dan perisian komputer.
REFELKSI
Sepanjang mengikuti kuliah TMK (ICT) yang berlangsung selama 2 jam, saya mengenai pensyarah yang mengajar kami, iaitu Pn. Zakiah bt Mahmud. Ini merupakan kuliah pertama kelas kami, dan saya bersemangat untuk mengetahui cara-cara pensyarah mengajar kami semasa di dalam kuliah. Secara jujur, saya memikirkan bahawa Pn. Zakiah seorang yang agak serius dalam proses P&P, tetapi setelah mendengar kuliah beliau, saya berpendapat bahawa Pn. Zakiah seorang yang agak murah hati dalam berkongsi maklumat yang diketahui olehnya. Saya berpendapat bahawa Pn. Zakiah telah memberi teguran kepada saya secara tersirat semasa beliau bercakap tentang isu-isu yang dihadapi oleh remaja zaman sekarang, iaitu remaja terpengaruhi oleh perkakasan dan perisian komunikasi yang memberi kesan yang buruk kepada mereka. Selain itu, beliau juga memberi kesedaran kepada saya bahawa remaja abad ke-21 belajar untuk menduduki peperiksaan sahaja dan tidak mementingkan pembelajaran sepanjang hayat, dan perkara ini telah berlaku pada diri saya. Saya berasa jikalau ingin menjadi seorang guru yang cemerlang perlulah mementingkan pembelajaran sepanjang hayat kerana amalan dan sikap ini membolehkan seseorang sentiasa aktif dalam membekalkan dan menambahkan semua jenis maklumat yang amat berguna supaya bersedia dan berkeyakinan untuk mengajar murid-muridnya. Saya perlulah sentiasa bersikap terbuka untuk menerima segala-gala maklumat dan mengharungi apa-apa sahaja cabaran yang akan saya temui untuk menjayakan kehidupan saya.
No comments:
Post a Comment