Monday, 1 August 2011

Ringkasan Pembelajaran & Refleksi (27-7-2011)

RINGKASAN PEMBELAJARAN
Hari ini, saya telah mempelajari tentang Mail Merge dalam perisian Microsoft Word 2007.
Antara satu tugasan yang boleh dilakukan melalui Mail Merge ialah membuat slip keputusan peperiksaan murid sekolah.

Data-data yang perlu dimuatkan dalam slip keputusan peperiksaan ialah:
-          Logo Sekolah
-          Nama Sekolah
-          Alamat Sekolah
-          Nama Murid
-          Kelas
-          Markah Murid

Data-data tersebut ditaipkan ke dalam Microsoft Word 2007 dan disimpan ke dalam komputer. Kemudian, tekan butang new untuk membuka satu lagi Microsoft word.

Dalam page tersebut, wujudkan satu table, kemudian masukkan data murid mengikut:
-          Nama Murid
-          Markah
-          Purata
-          Keputusan

Simpan maklumat tersebut ke dalam komputer.

Buka semua document sip keputusan peperiksaan murid. Untuk mendapatkan markah-markah murid dan dimasukkan ke dalam document slip keputusan peperiksaan, Klik:

è <Mailings>
è <Select Recipents>
è  <Use Existing List> * Pilihkan document yang dihasilkan yang mengandungi table yang dimasukkan markah pelajar
è  <Insert Merge Field> *Menempatkan data-data pada tempat-tempat yang sesuai
è  <Preview Result> * Data-data murid akan terkeluar mengikut pencapaian keputusan masing-masing
è  <►> *Mendapatkan data-data pelajar yang seterusnya

Slip keputusan peperiksaan pelajar bolehlah dihiaskan dengan bolder ataupun gambar-gambar yang sesuai mengikut kreativiti masing-masing. Mail Merge amatlah berguna kerana dapat digunakkan untuk dalam persuratan ataupun membuat jadual kelas.

REFLEKSI
Hari ini, pengajaran daripada Pn. Zakiah telah membukakan mata saya dalam perisian Microsoft Word 2007. Saya berasa sangat seronok kerana dapat mempelajarai benda-benda yang baru untuk menguruskan data-data tertentu. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan perisian ini untuk menghasilkan data-data dan telah banyak membuangkan masa saya dalam menghasilkan data satu persatu. Pn Zakiah juga sering menasihati kami supaya banyak “explore” dalam mana-mana perisian komputer untuk mengetahui cara-cara kepenggunaannya. Saya berasa perbuatan tersebut amatlah baik kerana dapat melatihkan pelajar untuk mendapat tahu pengunaan perisian komputer. Zaman ini TMK amatlah penting dalam kehidupan manusia. Tanpa TMK, manusia tidak akan mencapai kemajuan yang seperti sekarang.

No comments:

Post a Comment